! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Anyohaseyo!

Marquee

Thursday 16 February 2012

✯ Den !! Dh Enggaged ! ✯

Assalamualaikum, peeps!

What? Aku dah bertunang?

Tak percaya? Ehh, percaya lah. Tak silap, anda anda diluar sana pun dah bertunang kan?


Baca Kalau Nak Tambah Pengetahuan


Percaya atau tak, kita boleh ber'tunang' tanpa sedar? Yeah, kita boleh bertunang tanpa kita sedar. Bila seorang lelaki berhasrat untuk mengambil seorang perempuan merangkap sbg kekasih hati untuk dijadikan isteri.


Its a normal thing lah kan lelaki berhasrat nak ambil perempuan, tapi kalau sebaliknya? Wallahualam.. Tapi, yang mungkin kita taktahu dalam kalangan kita ni, kita sebenarnya dah bertunang bila situasi berikut terjadi:

 ✯ Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira bertunang? Padahal takd ibu bapa perempuan tersebut yang menjadi saksi.

✯  Pinang dari segi hukum fiqah bermaksud pihak lelaki menyatakan hasrat ingin berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin lah dgn kita nanti ya."

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

Lelaki dalam telefon: "I nak jadikan you isteri I!"

Perempuan tersebut jawab: "I sukalah. I setuju. Orait, I'm fine. Oklah. I nak! I redha atau apa apa yang ada kaitan dgn nya lah kan yang menunjukkan bahawa perempuan tersebut suka dgn "pinangan" lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

✯ Jadi, bila dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang Melayu time nak tunang pergi bawak 1 rombongan, bawak barang barang pinangan, itu sebenarnya adalah adat bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila ibu bapa tak ada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu dah diizin pada syarak. 

Sebagai contoh: perempuan yang cerdik, yang baligh, yang boleh berfikir etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tak menepati hukum syarak tersebut, contoh: seperti tak baligh lagi (baru darjah 2 mungkin), perempuan tu bodoh (tak boleh berfikir), gila dan sebagainya, maknanya wali diperlukan untuk menjawab "pinangan" tersebut.

✯ Cik Hawa Eman ✯

0 00 Sedang Mendoakan Kebahagian CikHawa & Eman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...