! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Anyohaseyo!

Marquee

Thursday 16 February 2012

✄ Kenapa Perlu Bercukur ✄

Bulu biasanya tumbuh pada usia kamu akil baligh dan pertumbuhannya lazimnya sempurna pada penghujung usia ( sekitar umur 11 tahun ke atas ). Pada kebiasaannya, bulu halus ini aakan tumbuh disekitar bawah ketiak , pada kemaluan dan bulu roma di beberapa bahagian badan. bulu-bulu ini bertindak sebagai sifat 'anti-geseran semula jadi' yang terdapat pada badan kamu. Lebih penting lagi, bulu yang tumbuh secara semula jadinya boleh mengusir kelembapan daripada kulit supaya cukup kering. Tujuannya untuk mencegah pengkolonian bakteria yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan..
Secara umumnya, wanita mahu bersih dan licin di seluruh badannya. Kadang-kadang, apabila terlalu banyak bulu yang tumbuh, boleh rimas jadinya.
Kenapa Perlu Bercukur Menghindari kehadiran bau peluh yang kurang menyenangkan.
Untuk kebersihan iaitu memudahkan kamu mencuci daki yang melekat pada badan. Mengelakkan darpada bakteria berkumpul.
Tampil lebih berkeyakinan dan menarik..
☇ Di cni saya sedia kan beberapa Tip Cara Yang Betul

Tip mencabut Bulu

Sebelum mencabut, dapatkan 'tweezer' atau pengepit yang tajam dan tidak berkarat. Elakkan dari mengguna 'tweezer' atau pengepit yang tumpul dan berkarat kerana ia boleh melukakan kulit kamu.

Kamu juga boleh menggunakan air suam untuk mencabut bulu kamu. Air suam ini akan bertindak membuka ruang pori-pori di bahagian bulu kamu. Ia lebih mudah dan tidak melukakan kulit kamu ketika mencabut bulu tersebut.

Cabut satu bulu pada pada suatu masa. Tidak perlu tergesa-gesa. Jangan sapu losyen atau pelembab kerana ia akan memedihkan lagi kulit kamu.
Sapukan tuala atau kain sejuk di kawasan yang di cabut bulunya. Kesejukkan akan mengurangkan kemerah-merahan dan menutup pori kamu.
Tip Bercukur

Pilih pisau cukur yang tajam dan bersih. Pisau yang berkarat boleh melukakan kulit kamu dan menyebabkan jangkitan.
Bersihkan kawasan yang hendak di cukur. Gunakan sabun lembut dan air suam untuk melembutkan bulu tersebut.
Kamu boleh menggunakan krim pencukur atau gel untuk memudahkan cukuran. Jangan terlalu menekan ketika bercukur untuk mengelakan dari kulit kamu luka.
Basuh bahagian yang dicukur dengan air sejuk untuk mengelakkan sebarang kemerah-merahan atau kepadihan. Basuh pisau cukur kamu dan ketukannya untuk membuang bulu-bulu. Biarkan pisau cukur itu kering sabelum menyimpannya...

Nukilan Si Chubby
" Hawa Syazana Eman"

0 00 Sedang Mendoakan Kebahagian CikHawa & Eman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...