! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Anyohaseyo!

Marquee

Thursday 16 February 2012

✿ Tip Kebahagian Adam & Hawa ✿

Kejujuran

Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemuskilan yang ada pada pasangan anda.

Tertawa

Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.

Persahabatan

Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.
Hormat satu sama lain dan kompromi

Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi.
Memaafkan

Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melempiaskan amarah kepada pasangan anda.
Bersikap realistik

Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya.
Lupakan masa lalu

Berhenti mengungkit kisah masa lampau. bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakan lah.
Doa

Sentiasa berdoa untuk kesahjeteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya..
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisi untuk
dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
dan dekat di hati untuk dicintainya

Nurkilan dari Si Chubby
" Hawa Syazana Bt Razali"

0 00 Sedang Mendoakan Kebahagian CikHawa & Eman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...