! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Anyohaseyo!

Marquee

Thursday 16 February 2012

✯ Tips Bersahabat Dengan Lelaki ✯

✯ Assalamualaikum
Benar kata pepatah, kalau berkawan biarlah beribu. Mempunyai ramai kawan, membuatkan hidup kamu lebih ceri dan tidak kesunyian. Dalam ramai kawan yang kamu ada, mungkin ada salah seorang mereka yang menjadi kawan baik kamu. Dialah tempat kamu bercerita dan berkongsi suka duka. Persoalanya, bagaimana jika kawan baik kamu itu LELAKI? Jika perempuan mudah untuk kamu menjaga hubungan yang terjalin diantara kamu berdua. Lain pula dengan lelaki yang mungkit boleh membabitkan perasaan lebih daripada seorang kawan. Jika itu yang kamu gusarkan, jangan risau kerana ada caranya untuk kamu kekal bersahabat tanpa ada perasaan yang lebih daripada itu.

.
Panduan

☞ Berikan sedikit ruang untuk dirinya sendiri
Jangan terlalu bergantung kepadanya. Sesekali dia pasti memerlukan masa
untuk kawan-kawan lelakinya yang lain. Walaupun kamu sahabat baiknya, tidak semesti
masanya dihabiskan bersama kamu sahaja.

☞ Berkawan juga dengan kawan-kawannya
Keluar bersama mereka akan memberi kamu info tambahan mengenai kawan baik kamu itu. Dengan cara tersebut, kamu berdua senang untuk berbicara mengenai apa-apa sahaja kerana kamu cukup mengenalinya dan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja
☞Jangan terlalu emosi
Lelaki biasanya tidak suka merumitkan keadaan. Mereka berfikir secara
logik dan bukan mengikut perasaan. Elakkan daripada jatuh hati dengan mereka kerana mereka tidak sukakan perasaan begitu apabila baik dengan seseorang gadis.
☞Terima seadanya
Jangan pernah membezakan dirinya dengan kawan baik perempuan kamu yang lain. Mereka sudah semestinya mempunyai perwatakan yang lain dan keistimewaan tersendiri. Terima mereka dengan tangan yang terbuka, hubungan baik kamu berdua pasti berterusan.

Apa yang perlu kamu elakkan

ღ Jika kamu mempunyai kawan lelaki, jangan terlalu mengharap untuk mendekati mereka dalam satu hari, seminggu atau sebulan. Biasanya ia mengambil masa yang lama untuk membentuk sebuah persahabatan yang rapat dengan mereka.

ღ Kamu perlu ingat, kamu bukan teman istimewa mereka dan kamu masih lagi muda. Oleh itu perhubungan kamu perlu ada batasnya.

ღ Jangan cuba untuk berkawan dengan meraka hanya semata-mata untuk kamu disukai. Lelaki akan berasa ia sesuatu yang tidak berasas dan boleh mengakibatkan mereka hilang rasa hormat kepada kamu.

ღ Elak mengubah cara hidup kamu kerana dia. Contohnya, janganlah pula kamu mengikutinya bermain bola sepak kerana kamu merasakan itulah satu cara untuk merapatkan hubungan kamu. Cukuplah sekadar kamu berbicara tentang kecenderungannya itu sahaja.


ღ Yang penat menaip
" Hawa Syazana"

0 00 Sedang Mendoakan Kebahagian CikHawa & Eman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...