! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Anyohaseyo!

Marquee

Thursday 16 February 2012

✯ Den !! Dh Enggaged ! ✯

Assalamualaikum, peeps!

What? Aku dah bertunang?

Tak percaya? Ehh, percaya lah. Tak silap, anda anda diluar sana pun dah bertunang kan?


Baca Kalau Nak Tambah Pengetahuan


Percaya atau tak, kita boleh ber'tunang' tanpa sedar? Yeah, kita boleh bertunang tanpa kita sedar. Bila seorang lelaki berhasrat untuk mengambil seorang perempuan merangkap sbg kekasih hati untuk dijadikan isteri.


Its a normal thing lah kan lelaki berhasrat nak ambil perempuan, tapi kalau sebaliknya? Wallahualam.. Tapi, yang mungkin kita taktahu dalam kalangan kita ni, kita sebenarnya dah bertunang bila situasi berikut terjadi:

 ✯ Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira bertunang? Padahal takd ibu bapa perempuan tersebut yang menjadi saksi.

✯  Pinang dari segi hukum fiqah bermaksud pihak lelaki menyatakan hasrat ingin berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin lah dgn kita nanti ya."

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

Lelaki dalam telefon: "I nak jadikan you isteri I!"

Perempuan tersebut jawab: "I sukalah. I setuju. Orait, I'm fine. Oklah. I nak! I redha atau apa apa yang ada kaitan dgn nya lah kan yang menunjukkan bahawa perempuan tersebut suka dgn "pinangan" lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

✯ Jadi, bila dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang Melayu time nak tunang pergi bawak 1 rombongan, bawak barang barang pinangan, itu sebenarnya adalah adat bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila ibu bapa tak ada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu dah diizin pada syarak. 

Sebagai contoh: perempuan yang cerdik, yang baligh, yang boleh berfikir etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tak menepati hukum syarak tersebut, contoh: seperti tak baligh lagi (baru darjah 2 mungkin), perempuan tu bodoh (tak boleh berfikir), gila dan sebagainya, maknanya wali diperlukan untuk menjawab "pinangan" tersebut.

✯ Cik Hawa Eman ✯

✄ Kenapa Perlu Bercukur ✄

Bulu biasanya tumbuh pada usia kamu akil baligh dan pertumbuhannya lazimnya sempurna pada penghujung usia ( sekitar umur 11 tahun ke atas ). Pada kebiasaannya, bulu halus ini aakan tumbuh disekitar bawah ketiak , pada kemaluan dan bulu roma di beberapa bahagian badan. bulu-bulu ini bertindak sebagai sifat 'anti-geseran semula jadi' yang terdapat pada badan kamu. Lebih penting lagi, bulu yang tumbuh secara semula jadinya boleh mengusir kelembapan daripada kulit supaya cukup kering. Tujuannya untuk mencegah pengkolonian bakteria yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan..
Secara umumnya, wanita mahu bersih dan licin di seluruh badannya. Kadang-kadang, apabila terlalu banyak bulu yang tumbuh, boleh rimas jadinya.
Kenapa Perlu Bercukur Menghindari kehadiran bau peluh yang kurang menyenangkan.
Untuk kebersihan iaitu memudahkan kamu mencuci daki yang melekat pada badan. Mengelakkan darpada bakteria berkumpul.
Tampil lebih berkeyakinan dan menarik..
☇ Di cni saya sedia kan beberapa Tip Cara Yang Betul

Tip mencabut Bulu

Sebelum mencabut, dapatkan 'tweezer' atau pengepit yang tajam dan tidak berkarat. Elakkan dari mengguna 'tweezer' atau pengepit yang tumpul dan berkarat kerana ia boleh melukakan kulit kamu.

Kamu juga boleh menggunakan air suam untuk mencabut bulu kamu. Air suam ini akan bertindak membuka ruang pori-pori di bahagian bulu kamu. Ia lebih mudah dan tidak melukakan kulit kamu ketika mencabut bulu tersebut.

Cabut satu bulu pada pada suatu masa. Tidak perlu tergesa-gesa. Jangan sapu losyen atau pelembab kerana ia akan memedihkan lagi kulit kamu.
Sapukan tuala atau kain sejuk di kawasan yang di cabut bulunya. Kesejukkan akan mengurangkan kemerah-merahan dan menutup pori kamu.
Tip Bercukur

Pilih pisau cukur yang tajam dan bersih. Pisau yang berkarat boleh melukakan kulit kamu dan menyebabkan jangkitan.
Bersihkan kawasan yang hendak di cukur. Gunakan sabun lembut dan air suam untuk melembutkan bulu tersebut.
Kamu boleh menggunakan krim pencukur atau gel untuk memudahkan cukuran. Jangan terlalu menekan ketika bercukur untuk mengelakan dari kulit kamu luka.
Basuh bahagian yang dicukur dengan air sejuk untuk mengelakkan sebarang kemerah-merahan atau kepadihan. Basuh pisau cukur kamu dan ketukannya untuk membuang bulu-bulu. Biarkan pisau cukur itu kering sabelum menyimpannya...

Nukilan Si Chubby
" Hawa Syazana Eman"

♪ JaLan JaLan 1 MaLaysia ™ ♪

ASSALAMUALAIKUM

♪ Waaaaahhhh... dh lame rsenye x mengUPDATE blog.. rindu la.. this is my new blogger.. blog lama ade masalah cket with Edit HTML.. nyampah Mak Jemah tau.. =.=

Mak Jemah.. eh Mak Jemah lak.. adess.. Johan La ni nye kje.. smpai terle kat kat aq.. maaf la ye.. aq ni minat sgt ngan Mak Jemah ni.. kehkehkeh.. lawak3.. 

♪ Ni kat Awana Genting Higlands,, Tgh mkn.. lapo bebeno nampaknya.. kui3 ♪
 

♪ With adik bongsu dekat depan pintu masuk Awana Genting Highlands ♪
 

 ♪ Ni nak g kt Carpark.. Then ternampak la bunga ni.. Pink gile n Segar siot.. Geram MakJemah nookkk.. ♪
 

♪ Ni kat Secret Recipe.. MakJemah xprasan lak ade BEN10 tu.. Tunang MakJemah jeles nookk.. Sbb die minat giler ngan BEN10 ni.. xpadan ngan tua.. haishh.. =.= ♪

♪ Haaaa... ni gambar last skali n terbaru.. Baru bape minggu.. Nmpk x boyz tu.. Xleh la penuh2.. tepi2 saje sudah.. MakJemah jeles org tgk Tunang MakJemah lame2.. hahaha ♪

Cik hawa x banyk gambr mcm korg la.. sbb cikHawa ni kurang cket klo nak bergambar.. al-maklum la.. Orang x lawo.. kehkehkeh.. melalut lak aq ni.. k alls.. selamat membaca n melihat2..

♪ Cik Hawa Eman ♪

✯ Kawan sejati ✯

ASSALAMUALAIKUM



Korang.. Korg kalau berkawan pilih rupa jugak ke?kenapa mesti pilih rupa.. sbb kite ni CUN ? HENSEM ?
Bg aq la kan.. aq xkisah cmne rupe korg.. janji korg ni bukan jenis KAWAN MAKAN KAWAN..
Susah bila ade kawan mcm tu.. aq xsuka org mcm tu.. yg suka CAKAP BELAKANG
pon aq x suka.. bukan style aq camtu.. style aq
CAKAP LEPAS.. Tu baru aq
walaupn ramai yg terasa dgn aq.. hehe.. sorry pd yg TERASA tu..



Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah
langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari berkualiti.Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak belakang.


Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri..
Adakah anda seorang kawan sejati?


{。^◕‿◕^。} Theraphy {。^◕‿◕^。}

ASSALAMUALAIKUM

Esok mintak2 la ari last aq g therapy.. Sumpah aq dh mls nk g therapy2 ni.. Memenatkan je..
Lg 1 sian kat mak aq.. ulang alik hantr aq g hospital.. Lepas ni xnak balik kje lewat2 mlm dh..
Hehehe.. U know y.. disebabkan x dgr ckp ayah aq la jd cmni..

" hawa.. motor tu xde lampu.. jgn balik kje lambat sgt.. "

Ceritanya Bermula Dcni
hehe.. mcm2 la aq ni.. ok2 kite sambung balik.. hehe..
tp aq degil.. bukan degil.. dh kje smpai lupa nk tgk jam.. tgk2 jam dh kul 7pm.. aq pon balik ah.. kemas2.. pastu tringat kt mak ayah aq.. msti dorg x mkn lg.. pegi la beli oblong kambing untuk makan kt rumah.. dh siap beli x sabar nak balik umah ni.. pakcik yang jual ikan tu pon aq potong (xpadan ngan xde lesen ) , abis lembab sgt bwk moto.. dalam kepala ni ingt kt umah je.. dh nampak tgh mkn dgn family.. Tibe2 "booooommm" tgk2 dh kne langgr.. dh la kne langgar.. lari pulak tu.. nasib makanan x jatuh.. terus aq tepon umah.. Dalam tu aq dengar, mak aq marah2..

Mase kne langgar.. aq sparuh sedar.. bawak moto makin ketengah.. nasib xde kete time tu.. klo x abis la aq.. pastu park moto kt tepi jalan.. mase tu jem trus dh.. dah xboleh nk jalan dah.. letak kaki pon x leh..

Hajatnye pegi klinik je.. check biasa2 je.. last2 Klinik tu panggl hspital mintak ambulans dtg.. Mase tu rse nak lari je.. (lari kai wilcha ) hehehe.. nak buek cmno.. xboleh... hehehe.. ingt best nek ambulans.. bagai nak ggur jantung den nek ambulans.. laju gile.. xsampai 10mint dh smpai.. ish2.. xke bahaya tu..

Mok tgk ape yg dh jd ??
Tgk bawah yuk


Hehehe.. ingt xde la sampai kne simen.. rupe2nya truk gile doe..

Ada lg 1.. ni berapa bulan selepas excident..

Abaikan nama ditepi tu.. hehehe

{。^◕‿◕^。} pasni aq janji x nk balik lewat malam dh.. n aq phobia gila klo lalu kat jalan tu.. dri dlu smpai skrg aq takut ngan jalan tu.. xsangka jd btul2 kat aq.. {。^◕‿◕^。}

{。 ^◕‿◕^。} jd pesanan aq.. dgr la kate2 mak ayah.. jgn jd cm aq ni.. xdgr kate.. pape pon.. tanx sbb sudi membaca.. peace (Y) {。^◕‿◕^。}

✿ Tip Kebahagian Adam & Hawa ✿

Kejujuran

Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemuskilan yang ada pada pasangan anda.

Tertawa

Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.

Persahabatan

Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.
Hormat satu sama lain dan kompromi

Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi.
Memaafkan

Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melempiaskan amarah kepada pasangan anda.
Bersikap realistik

Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya.
Lupakan masa lalu

Berhenti mengungkit kisah masa lampau. bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakan lah.
Doa

Sentiasa berdoa untuk kesahjeteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya..
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisi untuk
dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
dan dekat di hati untuk dicintainya

Nurkilan dari Si Chubby
" Hawa Syazana Bt Razali"

❤ Tip Gadis ❤ ♪ Cantik Dan Lebih Feminin™ ♪

Assalamualaikum.. hai-hai alls... meh baca cni..
Setiap gadis ada keistimewaan yang tersendiri. Begitu juga dengan diri kamu. Mungkin ada sesetengah daripada kamu yang merasakan diri kamu TIDAK CUKUP CANTIK atau berperwatakan kasar dan lasak. Beberapa panduan mudah untuk kamu tampil cantik dan feminin seperti kawan-kawan yang lain. Tentu kamu akan lebih berkeyakinan selepas ini..


☟ Di bawah ini ada beberapa Tip yang disediakan ☟
☘ Langkah utama yang boleh kamu praktikkan yelah dengan membelek majalah-majalah fesyen yang ada di pasaran dan jadikan rujukan untuk kamu bergaya.
☘ Bagi yang mampu, kamu mungkin boleh pergi membeli-belah setiap bulan dan pilih warna merah jambu untuk tampil lebig feminin.
Untuk tampil lebih feminin, apa kata kamu pakai bedak pada muka dan calitkan pengilat bibir yang 'simple' di bibir kamu itu.

☘ Jika kamu memakai cermin mata, jangan risau kerana kini banyak cermin mata dengan bingkai yang ranggi. Pilih yang sesuai untuk kamu dan gayakan sehari-hari. ☘ Pelbagaikan gaya rambut agar kamu tidak kelihatan sama setiap hari. Pasti ada yang perasan dengan penampilan baru kamu itu.

☘ Jaga adab sopan. Jangan sendawa, kentut atau buat sesuatu yang tidak menunjukkan ciri-ciri kewanitaan kamu di khalayak ramai.
☘ Jika kamu ada tabiat buruk, sebaikanya kamu hentikan dan jaga penampilan diri.

☘ Mempunyai gigi yang bersih dan nafas yang segar akan membuatkan senyuman kamu lebih menawan.
☘ Pakai deodorant dan pewangi untuk lebih keyakinan diri.
☘ Gayakan pakaian yang kamu rasa selesa dan pemilihan warna yang sesuai akan membuatkan kamu menjadi perhatian.


Nukilan Si Chubby
 
" Hawa Syazana "

✯ Tips Bersahabat Dengan Lelaki ✯

✯ Assalamualaikum
Benar kata pepatah, kalau berkawan biarlah beribu. Mempunyai ramai kawan, membuatkan hidup kamu lebih ceri dan tidak kesunyian. Dalam ramai kawan yang kamu ada, mungkin ada salah seorang mereka yang menjadi kawan baik kamu. Dialah tempat kamu bercerita dan berkongsi suka duka. Persoalanya, bagaimana jika kawan baik kamu itu LELAKI? Jika perempuan mudah untuk kamu menjaga hubungan yang terjalin diantara kamu berdua. Lain pula dengan lelaki yang mungkit boleh membabitkan perasaan lebih daripada seorang kawan. Jika itu yang kamu gusarkan, jangan risau kerana ada caranya untuk kamu kekal bersahabat tanpa ada perasaan yang lebih daripada itu.

.
Panduan

☞ Berikan sedikit ruang untuk dirinya sendiri
Jangan terlalu bergantung kepadanya. Sesekali dia pasti memerlukan masa
untuk kawan-kawan lelakinya yang lain. Walaupun kamu sahabat baiknya, tidak semesti
masanya dihabiskan bersama kamu sahaja.

☞ Berkawan juga dengan kawan-kawannya
Keluar bersama mereka akan memberi kamu info tambahan mengenai kawan baik kamu itu. Dengan cara tersebut, kamu berdua senang untuk berbicara mengenai apa-apa sahaja kerana kamu cukup mengenalinya dan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja
☞Jangan terlalu emosi
Lelaki biasanya tidak suka merumitkan keadaan. Mereka berfikir secara
logik dan bukan mengikut perasaan. Elakkan daripada jatuh hati dengan mereka kerana mereka tidak sukakan perasaan begitu apabila baik dengan seseorang gadis.
☞Terima seadanya
Jangan pernah membezakan dirinya dengan kawan baik perempuan kamu yang lain. Mereka sudah semestinya mempunyai perwatakan yang lain dan keistimewaan tersendiri. Terima mereka dengan tangan yang terbuka, hubungan baik kamu berdua pasti berterusan.

Apa yang perlu kamu elakkan

ღ Jika kamu mempunyai kawan lelaki, jangan terlalu mengharap untuk mendekati mereka dalam satu hari, seminggu atau sebulan. Biasanya ia mengambil masa yang lama untuk membentuk sebuah persahabatan yang rapat dengan mereka.

ღ Kamu perlu ingat, kamu bukan teman istimewa mereka dan kamu masih lagi muda. Oleh itu perhubungan kamu perlu ada batasnya.

ღ Jangan cuba untuk berkawan dengan meraka hanya semata-mata untuk kamu disukai. Lelaki akan berasa ia sesuatu yang tidak berasas dan boleh mengakibatkan mereka hilang rasa hormat kepada kamu.

ღ Elak mengubah cara hidup kamu kerana dia. Contohnya, janganlah pula kamu mengikutinya bermain bola sepak kerana kamu merasakan itulah satu cara untuk merapatkan hubungan kamu. Cukuplah sekadar kamu berbicara tentang kecenderungannya itu sahaja.


ღ Yang penat menaip
" Hawa Syazana"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...